Pemintaran sektor pengeluaran telah dilakukan sejak dekad 80an dengan penggunaan robot. Walaupun pertanian sudah dilakukan manusia sejak puluhan ribu tahun, penggunaan teknologi berhubung (IOT) sektor ini masih lagi perlahan kerana ramai mengangka ia memakan kos yang tinggi. SM4RT TANI yang dibangunkan oleh
Singularity Aerotech Asia ialah sistem pertanian pintar teknologi IOT buatan tempatan yang cuba membuktikan ini adalah tidak benar sama sekali.

Menerusi sistem SM4RT TANI, petani boleh memantau perkembangan tanaman, kualiti air, cuaca, tahap PH tanah, serangan serangga perosak dan banyak lagi dalam masa nyata. Pemantauan pemantauan adalah menerusi sensor fizikal yang ditempatkan bersama dengan penggunaan dron keluaran Aeronerve. Dengan ini petani tidak perlu menghabiskan masa dan tenaga memantau secara manual seperti dahulu.

Sistem SM4RT TANI turut direka untuk digunakan bersama dengan sistem pengurusan ladang Urus Tani yang memantau pula pekerja, aset ladang dan banyak lagi. Setakat ini SM4RT TANI telah digunakan di 10 ladang yang terletak di Johor, Kelantan,Selangor, Kedah, dan Negeri Sembilan dengan peningkatan pengeluaran sehingga 25% dicatatkan. Selain meningkatkan pengeluaran hasil, penggunaan teknologi IOT pada ladang turut menjadikannya lebih lestari kerana mengurangkan pembaziran.