#LG

LG Akan Melaburkan RM12 Bilion Untuk Membina Kilang Pembuatan OLED

Diterbitkan pada Ogos 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG mungkin telah menamatkan bisnes pembuatan peranti pintar mereka, tetapi di arena global, mereka masih lagi diantara pembuat peranti elektrik yang disukai ramai, khususnya dengan siri televisyen pintar mereka yang menggunakan panel OLED buatan mereka sendiri.

Dengan ini, LG baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melaburkan wang sebanyak $2.8 bilion (~RM12 bilion) untuk membangunkan sejumlah kilang pembuatan OLED bersaiz kecil dan sederhana di sekitar Korea Selatan.

LG dilaporkan akan membangunkan kilang-kilang ini tidak lama lagi, dan akan disiapkan sepenuhnya menjelang bulan Mac 2024 kelak. LG akan menggunakan kilang-kilang ini untuk membangunkan panel OLED generasi keenam mereka yang akan digunakan pada pelbagai jenis peranti dan alat elektrik/elektronik.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami