AirAsia Money Kini Menawarkan Insurans Kereta Digital

Diterbitkan pada Ogos 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tak banyak benda yang tidak boleh anda lakukan di atas talian. Hari ini AirAsia Money mengumumkan mereka turut akan menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans kereta digital dan juga cukai jalan pada aplikasi mereka.

Pemilik kereta yang ingin memperbaharui insurans kereta bukan sahaja akan mendapat tawaran terbaik bahkan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta dengan pelancaran perkhidmatan insurans kereta digital bermula hari ini.  

Dengan kerjasama PolicyStreet, perkhidmatan insurans kereta digital ini termasuk pembaharuan insurans dan cukai jalan serta menawarkan pemilik kereta perkhidmatan perbandingan harga insurans dari pelbagai syarikat insurans sebelum memilih pakej terbaik. Ia juga menawarkan insurans tambahan lain seperti cermin hadapan, banjir, tambahan pemandu dan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk cukai jalan.

Untuk meraikan tawaran produk terbaharu ini, AirAsia Money turut melancarkan pertandingan yang menawarkan Perodua Axia 1.0 lava Red GExtra sebagai hadiah utama. Pemilik kereta boleh menyertainya bermula hari ini hingga 2 November 2021. Tiada minimum premium insurans diperlukan untuk menyertai pertandingan ini. 

Insurans kereta digital yang ditawarkan adalah dari syarikat-syarikat di bawah

  1. Tune Protect Group Berhad
  2. AXA Affin General Insurance Berhad
  3. Etiqa General Takaful Berhad
  4. Berjaya Sompo Insurance Berhad
  5. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
  6. RHB Insurance Berhad
  7. MSIG Insurance Berhad
  8. Zurich General Insurance Malaysia Berhad
  9. Pacific & Orient Insurance Co. Bhd
  10. Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami