Cari @ Amanz

iCloud Keychain adalah sistem pengurus kata laluan daripada Apple yang digunakan pada iOS, iPadOS dan macOS. Ia adalah lebih kurang sama yang Google tawarkan pada Android di Chrome, Microsoft pada Edge, aplikasi Lastpass dan banyak lagi.

Tetapi sayang sekali, data-data dalam Keychain tidak boleh diakses dan penggunaannya terhad kepada platform milik Apple sahaja sehinggalah Februari lalu. Apple mula menawarkan pemalam iCloud Passwords untuk Chrome, yang memerlukan pengguna pasang perisian iCloud selarikan akaun dan gunakan pemalam untuk fungsi auto-isi.

Terkini, Apple mengembangkan lagi sokongan ini pada pelayar web Microsoft Edge pula. Pengguna boleh muat turun iCloud di gedung aplikasi Microsoft Store dan juga di laman Microsoft Edge Add-ons. Bagi mereka yang menyimpan maklumat di Keychain, anda kini boleh akses di mana-mana komputer Windows yang boleh menggunakan Chrome dan Edge.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd