YouTube Kini Menguji Ciri Terjemahan Teks Di Ruangan Komen Video

Diterbitkan pada Ogos 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YouTube merupakan platform video dan sosial yang mempunyai sangat ramai pengguna di seluruh dunia, dan ia bukanlah sesuatu yang aneh jika kita lihat komen dalam pelbagai bahasa. YouTube kini dilihat menggunakan ikatan mereka dengan Google untuk menguji fungsi terjemahan bahasa d ruangan komen bagi mereka yang mahu mengetahui apakah yang sedang dikatakan oleh seseorang dalam bahasa yang lain.

Untuk mengakses fungsi terjemahan ini, anda haruslah menjadi pelanggan YouTube Premium terlebih dahulu, dan didalam tetapan fungsi eksperimental di YouTube, anda boleh melihat fungsi terjemahan tersebut kini sedang ditawarkan untuk satu jangka-masa sehingga 9 September 2021 kelak.

Apabila fungsi ini diaktifkan, anda boleh ke mana-mana video YouTube yang mempunyai komen dalam bahasa yang anda tidak fahami, dan gunakan butang terjemah yang boleh dilihat di bahagian bawah sesuatu komen, dan ia akan terjemahkan komen tersebut ke Bahasa Inggeris.

Fungsi ini boleh diaktifkan untuk peranti Android dan iOS sahaja buat masa ini, dan nampaknya tidak ditawarkan untuk laman web YouTube di desktop.

Seperti yang dikatakan, fungsi terjemahan ini adalah sebuah fungsi eksperimentasi oleh YouTube, tetapi bergantung kepada popularitinya, ia mungkin akan diperkenalkan sebagai sebuah fungsi umum di masa yang akan datang.

Sumber: AndroidPolice

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami