Carian
Oppo Reno6 Pro Dengan Snapdragon 870 Berharga RM2999 Di Malaysia
August 17, 2021 Amy Maizuraa

Oppo Reno6 Pro kini dilancarkan secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Sokongan kemampuan kamera bersama perisian yang baik masih menjadi fokus utama padanya dalam usaha memastikan pengguna dapat menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi sentuhan kemasan luaran dengan motif yang sesuai dengan kelas premium. Di samping beberapa lagi ciri menarik lain seperti dijana oleh cip Snapdragon 870 yang turut dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Bagi yang berminat, Oppo Reno6 Pro dijual pada harga RM2,999 untuk seunit. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Arctic Blue dan Lunar Grey. Sesi pra-tempahan dibuka bermula hari ini sehingga 23 Ogos 2021 dan pelbagai hadiah menarik bernilai mencecah RM1,099 turut menanti pengguna. Ianya terdiri dengan seunit Oppo Enco Air, beg galas eksklusif, 1TB Hey Tap Cloud Storage, jaminan pelindungan skrin selama satu tahun dan banyak lagi.

Untuk makluman, pra-tempahan ini boleh dibuat menerusi kedai atas talian rasmi Oppo di Lazada atau mana-mana pengedar sah mereka di seluruh Malaysia. Seperkara lagi, mana-mana pembelian yang dibuat menerusi Lazada turut melayakkan anda untuk membeli Oppo Enco Buds pada harga RM1 dan Oppo Enco Air pula pada RM29 sahaja. Selain itu, pengguna kad kredit Standard Chartered turut berpeluang mendapatkan potongan menarik sehingga RM100!

Untuk spesifikasi khusus, Oppo Reno6 Pro dilengkapi skrin melengkung 3D dengan panel AMOLED berukuran 6.5-inci bersama resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya menggunakan cip Snapdragon 870, memori 12GB RAM (tambahan 7GB RAM secara maya), storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Kamera utama terdiri dengan tetapan 50-Megapixel (utama) (Sony IMX766) + 16-Megapixel (Ultra-lebar) + 13-Megapixel (Telefoto) + 2-Megapixel (makro). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – rangkaian 5G terbina, pengimbas cap jari pada skrin, menjalankan antaramuka ColorOS 11.3 banyak lagi.

Komen