Cari @ Amanz

Samsung kini dilihat telah memilih untuk membuang sepenuhnya paparan iklan pada aplikasi-aplikasi yang hadir terbina pada telefon Android mereka.

Samsung melalui telefon Galaxy sedia menawarkan sejumlah aplikasi secara terbina, seperti untuk cuaca, Samsung Pay, Samsung Theme – dan ada antaranya yang menyertakan paparan iklan untuk memudahkan penemuan kandungan baharu.

Galaxy Z Fold3 5G

Melalui langkah baharu, pihak Samsung dipetik mengatakan mereka telah ingin membuang iklan pada aplikasi terbina. Dengan ini, ia akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. Samsung turut mengatakan mereka akan memberikan pengalaman dan informasi yang baik kepada pengguna melalui penawaran cadangan dan carian.

Samsung dijangka akan membuang sokongan iklan terbina ini pada kemaskini One UI akan datang.

Dengan langkah ini, Samsung dijangka akan dapat meneruskan tekanan mereka kepada Xiaomi, yang lebih terkenal dengan penawaran iklan pada MIUI.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd