Cari @ Amanz

Siri iQOO 8 telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran China, sebentar tadi. Terdapat dua buah model yang diumumkan iaitu iQOO 8 dan iQOO 8 Pro, sekali gus menjadi tambahan barisan lengkap untuk model telefon pintar mereka yang sedia ada.

Kita mulakan dengan iQOO 8 Pro. Telefon pintar ini mempunyai skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED dengan resolusi 2K (3200 × 1440 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 888+, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB (UFS 3.1) dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 120W dan nirwayar 50W.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 50-Megapixel (utama) (Sony IMX766V) + 48-Megapixel (ultra-lebar) (Sony IMX598) + 16-Megapixel (portrait). Seterusnya, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada skrin, port sambungan USB-C, bluetooth 5.2, OriginOS 1.0 for iQOO, Android 11 dan lain-lain.

Untuk iQOO 8 pula, ianya dilengkapi skrin 6.56-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia juga menggunakan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,350mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

Dari segi kamera, sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 48-Megapixel (utama) (Sony IMX598) + 13-Megapixel (ultra-lebar) + 13-Megapixel (portrait). Kamera hadapan pula adalah sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – pengimbas cap jari pada skrin, port sambungan USB-C, bluetooth 5.2, OriginOS 1.0 for iQOO, Android 11 dan lain-lain.

Di China, iQOO 8 Pro dijual pada harga bermula RMB4,999 (~RM3,265). Sementara itu, iQOO 8 pula berharga bermula RMB3,799 (~RM2,482). Buat masa ini,kedua-dua telefon pintar ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

Sumber : IQOO 8, IQOO 8 Pro

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd