Cari @ Amanz

IKEA di Malaysia terkenal dengan perabot moden yang cantik serta moden, bebola daging yang sedap dan tempat pasang muda berangan rumah mereka apabila bernikah kelak. Sebagai syarikat perabot terbesar dunia, mereka mempunyai impak yang besar dalam penggayaan rumah serta tabiat pengguna. Di Sweden, IKEA akan mula menawarkan tenaga elektrik STRÖMMA yang mesra alam bermula September ini.

Ingka Group yang merupakan pemilik IKEA berkata, pelanggan di Sweden boleh mendapatkan sumber tenaga dijana oleh firma Nord Pool menggunakan ladang solang dan kincir angin. IKEA juga akan menjual panel solar keluaran rakan niaga mereka Svea Solar ke semua pasaran berbanding hanya 11 pasaran sahaja pada waktu ini.

Pelanggan kemudian boleh memantau penggunaan elektrik menggunakan aplikasi serta menjual tenaga solar yang tidak digunakan kembali ke Nord Pool bagi menjana pendapatan. Dengan ini IKEA ingin mempopularkan penggunaan sumber tenaga mesra alam di kalangan pelanggan selari dengan sasaran mereka sendiri untuk menjadi lebih lestari menjelang 2030.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd