Google Pixel 5a Menjadi Pixel Terakhir Menyertakan Pengecas Dalam Kotak

Diterbitkan pada Ogos 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini telah memperkenalkan Pixel 5a secara rasminya, dan turut mengatakan yang mana Pixel 5a akan menjadi yang terakhir hadir dengan pengecas terbina dalam kotak. Ini sekaligus memperlihatkan Pixel 6 tidak akan menyertakan pengecas dalam kotak pembelian peranti berkenaan.

Google mengambil-langkah ini memandangkan pada hari ini ramai yang telah sedia mempunyai pengecas berasaskan USB-C bersama mereka.

Untuk makluman, beberapa jenama lain turut telah membuang pengecas dari dalam kotak pembelian peranti – dan antaranya adalah Apple dan juga Samsung. Xiaomi turut telah membuangnya pada peranti mercu, tetapi menawarkan pengecas sebagai pilihan secara percuma.

Dengan Google yang kini turut memilih membuangnya, adakah langkah ini akan diikuti pelbagai pengeluar peranti Android lain dalam masa terdekat ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami