Carian
Twitter Menguji Ciri Melapor Ciapan Maklumat Yang Salah Di Tiga Negara
August 18, 2021 Effi Saharudin

Platform media sosial sepatutnya menjadi medan menyambung semula silaturahim yang terputus dan mencari sahabat baharu di atas talian. Tetapi selepas berpuluh tahun wujud, ia berevolusi menjadi platform penyebaran maklumat yang tidak tepat sehingga menyebabkan berlakunya masalah anti vaksin, sains palsu dan rawatan tak masuk akal di zaman pandemik.

Twitter turut tidak terlepas dengan masalah ini dan akhirnya menguji ciri untuk melaporkan ciapan yang mengandungi maklumat yang salah di Amerika Syarikat, Australia dan Korea Selatan. Pilihan melabelnya sebagai mengandungi maklumat salah dalam kategori kesihatan, politik atau lain-lain dapat diakses oleh pengguna buat pertama kali. Ia masih lagi di tahap ujian dengan Twitter akan menggunakan tempoh ini sebagai persediaan untuk memperluaskannya ke peringkat global.

Ciri ini sepatutnya telah lama diberikan kerana seperti yang dapat kita lihat tindakan mereka sekadar meletakkan label sahaja nyata tidak berkesan. Kerana maklumat salah mengenai Covid-19, jutaan telah meninggal dunia kerana enggan mendapatkan vaksin atau lebih teruk lagi mengatakan wabak tidak wujud.

Komen