Cari @ Amanz

SharePlay Tidak Akan Hadir Dalam iOS 15 Stabil

Link Copied!

iOS 15 mempunyai perubahan yang banyak berbanding iOS 13 ke iOS 14. Banyak ciri dan fungsi sekuriti baharu, ciri hiburan baharu serta ia memberikan satu pengalaman yang lebih baik. Dalam iOS 15 juga ada fungsi SharePlay iaitu satu fungsi yang menjadi trend sejak pandemik Covid-19.

Ia adalah fungsi kongsi video atau muzik yang sedang dimainkan dan tonton bersama-sama melalui FaceTime. Masing-masing akan melihat tetingkap terapung atau terus pada Apple TV, kemudian ada pilihan untuk semua boleh kawal secara selari, jeda bersama dan banyak lagi.

Dukacitanya, iOS 15 yang sudah semakin dekat dengan versi beta ini dilaporkan semasa awal versi diedarkan SharePlay tidak akan diedarkan bersama. Sebaliknya hanya akan muncul dalam kemaskini lain di bulan-bulan akan datang. Semasa kami menguji ciri ini, kami faham kenapa ia masih terhad pada versi beta – masih banyak pepijat dan penggunaan yang kadangkala sedikit memeningkan.

Ia juga hanya menyokong platform penstriman terpilih untuk tujuan sekuriti, bagi kedua-dua Apple Music dan Apple TV+. Kandungan Apple Music dalam ujian kami adalah gagal, Apple TV+dilihat berjalan dengan baik, filem yang dibeli versi digital pada Apple TV dilihat tidak boleh dikongsi, Netflix, Disney+ juga begitu.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.


Komen ()