Cari @ Amanz

Rangkaian 3G di Malaysia sudah mula dimatikan secara berperingkat dengan sasaran ia tidak lagi ditawarkan menjelang penghujung 2021. Bagi memastikan tidak ada pengguna perkhidmatan selular mengalami gangguan perkhidmatan, Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin telah diumumkan oleh U Mobile dengan peranti yang menyokong rangkaian 4G VoLTE boleh dibeli pada harga serendah 99 sen sahaja.

Peranti-peranti yang ditawarkan ialah Samsung Galaxy A32, Samsung Galaxy A51, Samsung Galaxy A12, Oppo Reno5 F, Oppo A15s, Oppo A54, dan Vivo Y1s. Pelan dibuka kepada pelanggan baharu dan juga untuk pelanggan sedia ada.

Pelan data yang ditawarkan di bawah Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin ialah Giler Unlimited GX68, Unlimited HERO P79, P99 dan P139. Bagi mereka yang berminat pakej ini akan hanya ditawarkan bermula 16 Ogos 2021 hingga 16 September 2021. Untuk terma dan syarat lengkap pakej ini sila ke laman U Mobile.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd