Rekaan Huawei Nova 9 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Ogos 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bila bercakap mengenai Huawei Nova, ia merupakan siri yang lebih memfokuskan kepada pengguna muda. Terutamanya, mereka yang mahukan sesuatu cukup berbeza bagi memenuhi keperluan gaya hidup sendiri. Siri Huawei 8 merupakan model paling terkini yang telah diperkenalkan oleh Huawei setakat ini.

Namun, sejak kebelakangan ini beberapa laporan mengenai kehadiran pengganti baharu untuknya telah mula kedengaran. Di mana, ia dikhabarkan akan dikenali sebagai Huawei Nova 9 dan dijangka diperkenalkan seawal September ini. Tidak terhenti di situ, telefon pintar berkenaan juga didakwa telah mula tersenarai menerusi laman TEENA yang mendedahkan rekaan fizikal padanya.

Secara kasar, boleh dikatakan rekaan fizikalnya mengambil inspirasi daripada Honor 50 Pro. Panel belakang lengkap dengan modul kamera agak unik yang menempatkan satu lensa gergasi bersama tiga lensa kecil dalam bonggol yang sama. Selain daripada itu, ia juga dilihat menggunakan panel hadapan jenis melengkung bersama sokongan dwi-kamera swafoto.

Sementara itu, turut tular di media sosial mengatakan Huawei Nova 9 berkemungkinan besar dilengkapi sokongan rangkaian 5G secara terbina – tidak seperti siri Huawei P50 ang sekadar menyokong rangkaian 4G sahaja. Selain itu, ia juga dikhabarkan akan menjalankan HarmonyOS yang merupakan sistem operasi dibangunkan oleh Huawei sendiri.

Sumber : GSMARENA

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami