Cari @ Amanz

AirAsia Teleport Akan Membeli Startup Delivereat Pada Nilai ~RM41 Juta

Link Copied!

Terdapat pelbagai startup tempatan yang berkhidmat dalam sektor penghantaran makanan dan selain dari nama-nama besar seperti Grab, Foodpanda, Odamakan, terdapat juga Delivereat yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Terbaru, airassia menerusi perusahaan logistik mereka iaitu Teleport, telah menandatangani perjanjian bagi mengambilalih Delivereat dalam perjanjian yang bernilai USD 9.8 Juta (~RM 41 Juta). Ini sekaligus meletakkan nilai keseluruhan Teleport kini bernilai USD 300 Juta dan meluaskan perkhidmatan penghantaran mereka di sekitar Asia Tenggara. 

Delivereat yang merupakan startup berasal dari Pulau Pinang telahpun bekerjasama dengan Teleport sejak April tahun ini untuk perkhidmatan AirAsia Food dan dengan penyertaan ini, pasukan Delivereat akan menyertai pasukan Teleport, dan dapat memfokuskan perkhidmatan di bandar utama seperti Pulau Pinang dan lembah Klang. 

Bermula dari 2012 sehingga kini, Delivereat telahpun menghantarkan lebih dari 1 juta pesanan makanan, termasuklah khidmat penghantaran ekspres barangan dari lebih 4,000 peniaga dan juga lebih dari 1,000 penjaja di Pulau Pinang. Perjanjian pemilikan Teleport dan AirAsia ini dijangka akan termaktub pada akhir suku ketiga tahun 2021, tertakluk kepada kelulusan akhir. 


Komen ()