Cari @ Amanz

Realme Book Kini Rasmi – Dijana Cip Intel Generasi Ke-11 Dan GPU Intel Iris Xe

Link Copied!

Bagi meluaskan lagi perkembangan rangkaian produk sedia ada, Realme kini memasuki segmen komputer riba pula. Melaluinya, mereka telah memperkenalkan Realme Book dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di India, sebentar tadi.

Komputer riba ini hadir dengan rekaan yang ringan dan kompak, di samping pilihan CPU dan GPU yang berbeza. Di mana, model dengan CPU Intel-Core i3-1115G4 dipadankan dengan GPU Intel UHD. Sementara itu, model dengan Intel-Core i5-1135G7 pula menggunakan GPU Intel Iris Xe.

Lain-lain spesifikasi pula adalah sama sahaja. Di mana, Realme Book dilengkapi penggunaan skrin bersaiz 14-inci LCD (IPS) dengan resolusi 2K (2520 x 1680 piksel). Paparan ini turut menyokong ciri tambahan seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 400nits, nisbah aspek 3:2 dan nisbah skrin-ke-badan mencecah 90%. Penawaran memori pula adalah 8GB DDR4 RAM dan storan sehingga 512 GB PCIe SSD.

Seterusnya, ia juga disertakan bateri sebesar 54Wh yang didakwa mampu beroperasi mencecah 11 jam lamanya. Di samping, turut menyokong pengecasan 65W Super Fast Charge yang boleh mengecas komputer riba sehingga 50% dalam masa 30 minit. Di sampung itu, ia juga serasi dengan teknogi pengecasan 30W Dart Charge yang mana membolehkanya mengecas telefon pintar dan pelbagai lagi peranti Realme yang menyokong port sambungan USB-C.

Kemudian, Realme turut memperkenalkan fungsi baru dikenali sebagai PC Connect. Fungsi di mana membolehkan para pengguna menghubungkan telefon pintar Realme kepada komputer riba Realme dengan mudah. Di India, Realme Book (i3) dijual pada harga bermula INR 44,999 (~RM2564). Sementara itu, Realme Book (i5) pula berharga INR56,999 (~RM3247).


Komen ()