Cari @ Amanz

Black Shark FunCooler 2 Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM219 – Turut Boleh Menyejukkan iPad

Link Copied!

Black Shark FunCooler 2 adalah generasi terbaru aksesori kipas penyejuk daripada Black Shark. Ia dilancarkan pada dua bulan lalu di China dan kini aksesori ini memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Apa yang menarik dengan FunCooler 2 ini adalah, ia menggunakan sistem magnetik dan bukan lagi klip. Secara tidak langsung membolehkan aksesori ini disambungkan pada lebih banyak peranti seperti tablet atau konsol mudah alih. Black Shark dilihat menggalakkan pengguna gunakan aksesori ini pada iPad, iPhone dan juga Nintendo Switch.

Saiz kipas ini juga kecil dan kompak, hanya 73 gram, mempunyai 15 bilah besi-boron dan dikatakan boleh dilekatkan dengan cukup kuat. cuma yang tidak pasti adakah Black Shark menggunakan piawaian MFI atau sambungan magnetik universal.

Black Shark FunCooler 2 kini dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM219. Setiap pembelian hadir dengan pelekat magnetik serap haba dan juga kabel C-C 1.5 meter. Anda boleh beli melalui pautan d bawah.


Komen ()