Apakah nikai Pi? Di sekolah kita hanya wajib menghafal 3.142 sebagai nilainya. Tapi untuk kegunaan sains dan perkiraan yang lebih rumit nilai sehingga empat angka ini tidak memadai dan ahli matematik terus menambah jumlah angka nilai Pi setiap tahun. Rekod dunia nilai Pi kini dipegang oleh penyelidik dari University of Applied Sciences di Switzerland yang mencapai 62.8 trilion angka.
Rekod dunia terbaru ini memintas nilai sehingga 50 trilion angka yang dipegang oleh Timothy Mullican pada tahun lalu dan 31.4 trilion angka yang dipegang penyelidik Google pada tahun 2019. Penyelidik dari University of Applied Sciences mengambil masa hampir 109 hari untuk mendapatkan angka yang cukup besar ini pada sebuah komputer yang dilengkapi dua CPU AMD 32 teras, memori 1TB RAM dan storan sebesar 510TB. Untuk menyimpan hasil kira-kira ini data mengambil 63TB saiz storan komputer tersebut.