Cari @ Amanz

Siri Realme GT Master Edition Diumumkan Untuk Pasaran Global

Link Copied!

Siri Realme GT Master Edition sebelum ini telah dilancarkan di China sekitar bulan Julai yang lalu. Terkini, ia diumumkan untuk pasaran global pula. Sama seperti model lain di bawah edisi Master Edition, siri ini juga menampilkan kemasan menarik hasil sentuhan eksklusif daripada pereka Jepun, Naoto Fukasawa. Kemasannya diinspirasikan daripada rekaan bagasi. Di samping, terdapat juga tanda tangan Naoto Fukasawa bagi menjadikannya mempunyai nilai tersendiri.

Untuk spesifikasi khusus, Realme GT Master Edition hadir dengan skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 778G dengan memori 8GB RAM (dengan tambahan 5GB RAM), storan dalaman sehingga 256GB dan bateri berkapasiti 4,300mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Turut melengkapinya, sistem tri-kamera dengan tetapan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ulra-lebar) + 2-Megapixel (Makro). Kameranya juga menyokong sejumlah fungsi menarik seperti DIS Snapshot, Instant Focus dan ciri Film Simulation Color dengan pilihan penuras baharu. Kemudian, kamera hadapan pula adalah sebesar 32-Megapixel yang boleh digunakan untuk tangkapan gambar swafoto atau panggilan video.

Untuk Realme GT Master Explorer Edition pula, ia membawakan skrin melengkung berukuran 6.55-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya, ia dijana oleh cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB. Tetapan kamera terdiri dengan 50-Megapixel (utama) (Sony IMX766) + 16-Megapixel (Ultra-lebar) (Sony IMX481) + 2-Megapixel. Manakala, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Untuk harga jualan, Realme GT Master Edition (6GB/128GB) boleh didapati pada harga bermula $399 (~RM1,690), manakala Realme GT Master Edition (8GB/256GB) pula berharga $449 (~RM1,902). Untuk Realme GT Master Explorer Edition pula, ia dijual pada harga $499 (~RM2,114) untuk versi 8GB/128GB, sementara itu model 12GB/256GB pula berharga $549 (~RM2,326).


Komen ()