FoodPanda kini dilihat telah menambah ciri pembayaran menggunakan dompet digital Boost, sekaligus membolehkan pengguna mempunyai lebih pilihan kaedah pembayaran pada platform berkenaan.

Dengan integrasi ini, pengguna boleh memilih pilihan pembayaran mengguakan Boost pada skrin pembayaran – sekaligus memudahkan pengurusan perbelanjaan menggunakan dompet digital Boost.
Bersempena dengan pengenalan ini juga, Boost menawarkan pulangan tunai sehingga RM20 apabila belanja minima RM20 untuk FoodPanda dalam satu transaksi. Pulangan tunai ini hanya terhad untuk 1000 pelanggan terawal, atara 10 pagi ke 8 malam setiap hari – sehingga 20 Ogos 2021 kelak.