Samsung Pay Boleh Menyimpan Sijil Vaksinasi Digital Covid-19 Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Ogos 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jenama telefon pintar kedua terbesar di Amerika Syarikat ialah Samsung. Maka untuk memberikan ciri yang setanding dengan iPhone, pengguna peranti Samsung di negara tersebut kini boleh menyimpan sijil vaksinasi digital di dalam aplikasi Samsung Pay dengan kerjasama Commons Project Foundation.

Cirinya sama sahaja dengan yang disokong oleh Apple Pay. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi CommonHealth dan selepas maklumat vaksinasi disahkan, ia boleh dieksport ke Samsung Pay dengan mudah. Dalam Samsung Pay sijil digital dipaparkan dalam bentuk kod QR bagi membolehkan ia disahkan dengan pengimbas kod QR oleh pihak penguasa.

Di Amerika Syarikat sijil vaksinasi digital juga boleh dimasukkan ke dalam Google Pay di beberapa negeri. Kewujudan ‘pasport vaksin’ seperti ini ditentang golongan anti-vaksin yang merasakan kebebasan mereka akan dihalang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami