Netflix Menambah Sokongan Audio Spatial Untuk iPhone Dan iPad

Diterbitkan pada Ogos 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teknologi audio spatial secara ringkasnya membolehkan pengguna peranti Apple yang menggunakan fon telinga atau fon kepala AirPods Pro dan AirPods Max untuk menikmati pengalaman audio yang hampir serupa seperti apa yang didengari di dunia sebenar. Ia menambahkan pengalaman baru kepada tontonan pengguna, dan kini dilihat sedang ditawarkan oleh pelbagai perkhidmatan penstriman video.

Netflix baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan ciri audio spatial ini kepada aplikasi-aplikasi mereka pada peranti iPhone dan juga iPad bermula minggu ini. Apa yang menarik mengenai ini pengguna tidak perlu menggunakan sisterm operasi iOS terkini, dan ia boleh digunakan pada pelbagai jenis kandungan di Netflix tanpa memerlukan sokongan codec audio tambahan seperti Dolby Atmos atau sebagainya.

Jika anda memasang fon kepala AirPods Max ataupun AirPods Pro pada peranti iPhone atau iPad anda dengan aplikasi Netflix dengan kemaskini terbaru, ciri audio spatial ini akan diaktifkan secara automatik tanpa pengguna perlu melakukan apa-apa.

Sumber: Reddit

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami