Cari @ Amanz

Hi Toilet Ialah Tandas Nirsentuh Yang Boleh Dikawal Menggunakan Suara

Link Copied!

Pandemik menyebabkan kini semakin takut untuk memegang permukaan yang mungkin mempunyai bakteria dan virus. Apabila menggunakan tandas awam, kerisauan meningkat sehingga dalam sebuah pungutan suara di Jepun, 60% pengguna menekan pam tandas dengan kaki dan 50% membuka pintu dengan tisu. Penyelesaian kepada masalah ini di Jepun ialah menggunakan teknologi kawalan suara.

Hi Toilet ialah sebuah tandas awam yang dibuka sempena Sukan Olimpik Tokyo. Membuka pintu, menutup pintu, mengawal paip membasuh punggung, mengepam tandas, membuka paip air dan mengawal lagu latar belakang tandas kesemuanya boleh dilakukan dengan kawalan suara.

Terdapat kod QR pada alat kawalan tandas yang boleh diimbas pengguna. Kemudian sistem tandas dikawal terus dari telefon pintar menggunakan suara atau menu yang diberikan. Hi Toilet menempatkan satu tandas duduk mesra OKU dan dua urinal untuk membuang air kecil.

Selain rekaan nirsentuh, sistem pengudaraan semula jadi juga digunakan bagi mengitar semula udara di dalam ruang tandas berbentuk bulat. Jika anda di Tokyo, Hi Toilet boleh digunakan di Taman Nanago Dori.


Komen ()