Cari @ Amanz

Huawei sedia memfokuskan kepada penawaran kedai aplikasi mereka tersendiri sejak kebelakangan ini, apatah lagi dengan halangan terhadap akses Google Play Store.

Huawei AppGallery hadir terbina pada pelbagai peranti Huawei terbaru, selain turut menjadi kedai aplikasi utama untuk peranti berasaskan HarmonyOS.

Huawei AppGallery

Menurut Huawei, pada hari ini, terdapat sekitar 98% daripada aplikasi popular tempatan yang telah diterbitkan pada Huawei AppGallery. Disamping itu, kedai aplikasi berkenaan sendiri mempunyai lebih 3.1 juta pengguna aktif bulanan di Malaysia sahaja.

Secara keseluruhan, pada peringkat dunia, AppGallery mempunyai lebih 550 juta pengguna aktif bulanan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd