Siri Toshiba Ultra HD 4K TV M550 Dan Z770 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM2999

Diterbitkan pada Ogos 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pasaran Malaysia kini menerima beberapa penawaran baharu untuk rangkaian televisyen daripada jenama Toshiba. Melaluinya, siri Toshiba Ultra HD 4K TV M550 dan Toshiba Ultra HD 4K TV Z770 telah dilancarkan dan kedua-duanya mempunyai penawaran saiz yang berbeza agar pengguna dapat memilih bersesuaian dengan kepeluan.

Bagi yang berminat untuk ketahui lebih lanjut, harga jualan rasmi untuk kedua-dua siri ini adalah seperti yang disenaraikan di bawah :

  • Toshiba Ultra HD 4K TV M550 50” – RM2,999
  • Toshiba Ultra HD 4K TV M550 55” – RM3,999
  • Toshiba Ultra HD 4K TV M550 65” – RM4,999
  • Toshiba Ultra HD 4K TV Z770 65” – RM6,999

Toshiba Ultra HD 4K TV M550 didatangkan dalam tiga saiz berbeza iaitu 50-inci, 55-inci dan 65-inci. Ia dilengkapi REGZA Engine 4K, di samping teknologi Ultra Essential PQ yang menyokong gamut warna lebar untuk pengalaman tontonan yang mendalam.

Turut melengkapinya adalah ciri Auto View yang mampu menyesuaikan tetapan gambar mengikut persekitaran cahaya sekitar. Selain, gabungan teknologi Adaptive Dimming dan Super Contrast Booster bagi meningkatkan keseluruhan kontras secara dinamik. Sistem audionya pula menyokong REGZA Power Audio PRO+ dan Dolby Vision-Atmos.

Toshiba Ultra HD 4K TV Z770 pula didatangkan dalam satu pilihan saiz skrin sahaja iaitu 65-inci. Paparannya mempunyai gabungan REGZA Engine 4K PRO dan Quantum Dot Colour Display yang mampu memberi kualiti gambar seakan teater. Seterusnya, ciri AI Picture Optimiser berupaya mengenal pasti sesuatu senario dengan baik, sekaligus menjadikan penghasilan semula gambar adalah tepat dan bersesuaian dengan senario semasa. Sokongan Full Array Local Dimming pula mampu meningkatkan keseluruhan kontras secara dinamik, manakala Ultimate Peak Brightness berupaya meningkatkan kecerahan sebenar.

Tidak habis di situ, sokongan Dolby Vision IQ dengan sensor cahaya ambien turut mampu mendapatkan gambaran optimum pada kandungan HDR. Seterusnya, televisyen ini turut menyokong kandungan HDR10+ dan Ultimate Motion 120Hz untuk pengalaman yang lebih baik. Tidak ketinggalan, sistem audio juga dilengkapi dengan sokongan REGZA Power Audio PRO+ dan Dolby Vision-Atmos.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami