Cari @ Amanz

SKMM Memulakan Rundingan Awam Mengenai Penggunaan Frekuensi 6GHz Untuk Sambungan WiFi

Oleh Nazrin

Link Copied!

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia baru-baru ini telah memulakan rundingan awam tentang penggunaan frekuensi 6GHz untuk tujuan sambungan internet melalui WiFi. Ini bermakna bahawa badan penyeliaan tersebut sedang bersiap-sedia untuk mengesahkan penggunaan sambungan WiFi 6E yang sudah semakin meluas pada penghala WiFi dan juga komputer-komputer dan peranti pintar terbaru.

Penghala WiFi, dari 802.11a sehinggalah versi terkini, 802.11ax ataupun WiFi6 secara lazimnya menggunakan frekuensi 2.4GHz dan 5GHz untuk menyambungkan peranti-peranti yang menyokong sambungan WiFi ke Internet.

Secara ringkasnya, frekuensi 2.4GHz mempunyai lingkungan besar dan kekuatan sambungan yang boleh menyambungkan peranti ke Internet, tetapi pada kelajuan yang terhad, manakala lingkungan dan kekuatan sambungan 5GHz tidak begitu kuat, tetapi mampu menyokong kadar penghantaran data yang jauh lebih tinggi.

WiFi6E secara teknikalnya masih lagi berada dibawah spesifikasi WiFi6, tetapi dengan penggunaan frekuensi 6GHz ini, ia dapat sedikit sebanyak membolehkan peranti yang disambungkan kepadanya untuk digunakan pada jarak yang lebih jauh dan dengan kadar penghantaran data yang lebih tinggi.

SKMM telah memulakan rundingan awam ini pada 12 Ogos kelak, dan ia akan berterusan sehingga 11 Oktober kelak. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rundingan ini, dan juga jika penggunaan frekuensi 6GHz boleh memberi kesan kepada anda, anda boleh ke laman SKMM di sini.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia


Komen ()