Rekaan Bose Quiet Comfort 45 Tertiris – Bateri Boleh Bertahan Sehingga 24 Jam

Diterbitkan pada Ogos 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bose Quiet Comfort 45 amat dinantikan pelancarannya kerana Quiet Comfort 35 II yang sudah berusia hampir empat tahun. Rekaan fon kelapal ini telahpun tertiris menerusi laman WinFuture dan menunjukkan tiada perubahan yang besar dari segi rekaan.

Fon kepala dikemaskini dengan port pengecasan USB-C menggantikan port mikro USB yang digunakan pada model terdahulu. Ia turut akan akhirnya menyokong ciri Aware Mode yang membolehkan audio dari luar didengari oleh pemakai yang berguna ketika berjalan misalnya. Menurut laman WinFuture lagi, penambahbaikan juga diberikan kepada bateri yang boleh bertahan sehingga 24 jam peningkatan dari hanya 20 jam.

Ia juga akan lebih ringan dengan bahan binaan baharu serta lebih selesa dipakai. Masih terdapat butang kawalan fizikal pada cawan telinga dan sokongan sambungan berwayar menggunakan kabel 3.5mm. Masih tiada maklumat bilakah Bose Quiet Comfort 45 akan dilancarkan secara rasmi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami