Cari @ Amanz

Jabra Enhance Plus Ialah Fon Telinga Untuk Individu Yang Mula Kehilangan Pendengaran

Link Copied!

Fon telinga di pasaran sudah banyak mempunyai ciri menguatkan audio untuk membolehkan pemakai lebih sedar dengan keadaan sekeliling. Ciri ini bakal disokong pada AirPods menerusi kemas kini kelak dan saya sendiri gunakan dengan Galaxy Buds+ sejak dua tahun lalu. Kerana ciri ini amat berguna, Jabra Enhance Plus telah dilancarkan sebagai fon telinga untuk individu yang mula kehilangan deria pendengaran.

Ia menyasarkan mereka yang mengalami masalah pendengaran tahap permulaan dan sederhana. Rekaannya yang kecil membolehkan ia dipakai tanpa disedari orang ramai. Dengan sekali caj ia beroperasi sehingga 10 jam dan sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas. Pada waktu yang sama ia masih lagi sebuah TWS yang boleh ditambat pada peranti untuk mendengar muzik atau menonton video.

Jabra Enhance Plus akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada penghujung 2021 tetapi hanya selepas mendapat saranan dari pakar pendengaran profesional dan klinik. Kerana ia dikategorikan sebagai alat bantuan pendengaran, harga masih belum diumumkan.


Komen ()