Cari @ Amanz

Apple Menggunakan Ejen Perisik Yang Menyamar Untuk Mengintip Kumpulan Yang Meniriskan Maklumat

Link Copied!

Setelah beberapa tahun maklumat rahsia produk syarikat ditiriskan ke arena web, Apple mengambil langkah drastik menggunakan khidmat guaman untuk memaksa peniris menghentikan aktiviti mereka. Beberapa peniris maklumat di China mula menerima surat dari Apple dengan permintaan mendedahkan siapakah sumber mereka.

Tetapi hari ini menurut laporan Motherboard, selama ini Apple mempunyai ejen perisik yang menyamar untuk menyusup masuk ke dalam kumpulan yang meniriskan maklumat syarikat. Andrey Shumeyko yang menggunakan nama “YRH04E”  berkata beliau menjual maklumat menggunakan Twitter dan Discord. Tanpa disedari komuniti, Shumeyko turut menawarkan maklumat individu yang terlibat kepada pasukan Sekuriti Global Apple.

Apabila berjaya menyelinap, beliau mendedahkan terdapat kakitangan Apple di Jerman yang cuba menjual akses kepada maklumat mengenai Apple Maps. Beliau turut membantu mencari individu yang terlibat dalam meniriskan maklumat mengenai iOS 14 dengan membeli sebuah iPhone 11 yang dicuri.

Shumeyko mendedahkan pembabitan beliau kepada Motherboard sebagai cara meminta maaf kerana terlibat dalam pendedahan maklumat Apple kepada umum serta berharap akan diberikan ganjaran dalam bentuk wang. Tetapi setelah Apple memberikan ganjaran beliau menghubungi Motherboard.


Komen ()