WhatsApp Kini Menguji Ciri Mesej Menghilang Sehingga 90 Hari

Diterbitkan pada Ogos 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sama seperti Telegram, WhatsApp juga sedia hadir dengan ciri mesej menghilang secara automatik. Ciri ini boleh digunakan pada ruang sembang individu mahupun berkumpulan. Melaluinya, mana-mana mesej yang dihantar akan hilang secara automarik bergantung kepada tetapan tempoh masa yang dipilih pengguna sewaktu mengaktifkannya.

Buat masa ini, ciri ini sedia menawarkan tetapan mesej hilang selepas 7 hari dihantar. Tidak lama selepas itu, WhatsApp kemudiannya dilaporkan mula menguji kemampuan mesej menghilang dalam masa 24 jam. Paling terkini, mereka memanjangkan lagi tempoh berkenaan kepada 90 hari.

Memetik tangkap layar yang dikongsi, ciri ini masih mengekalkan pilihan untuk 7 hari dan 24 jam, kemudian menambah satu lagi pilihan lain yang mencapai 90 hari. Ini akan memberi pengguna lebih banyak pilihan dan pada masa yang sama memudahkan mereka untuk menghantar sesuatu perkara yang tidak perlu dirujuk kembali pada masa akan datang.

Buat masa ini, ia masih lagi dalam pembangunan dan akan menerima beberapa penambah-baikan sebelum dilancarkan bagi versi penuh. Turut masih belum diketahui bilakah WhatsApp akan memperkenalkan ciri ini kepada umum. Boleh dikatakan juga, Whatsapp dilihat semakin hari semakin mendekati telegram dengan menawarkan banyak ciri lebih kurang sama.

Sumber : Wabetainfo

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami