Cari @ Amanz

Volkswagen menghentikan pengeluaran Beetle yang ikonik dua tahun yang lalu. Ia menandakan tamatnya pengeluaran berterusan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1937. Tetapi masih ramai yang inginkan Beetle kembali tetapi Volkswagen masih tidak menunjukkan mereka akan mendengar permintaan ini. Jika anda tidak lagi sanggup menanti, ORA Ballet Cat ialah alternatif dari China.

ORA Ballet Cat akan dilancarkan secara rasmi di Chengdu Auto Show pada 29 Ogos hadapan. ORA ialah jenama kenderaan elektrik Great Wall Motor. Walaupun menggunakan nama seperti kucing, rekaan kenderaan elektrik ini amatlah mirip dengan Beetle. Kenderaan mempunyai lampu hadapan bulat, bampar krom dan spoiler mini pada bahagian belakang seakan sebuah Beetle.

Mereka juga berjaya mempatenkan rekaan Ballet Cat di Eropah tanpa bantahan dari Volkswagen. Tiada maklumat mengenai spesifikasi bateri atau jarak operasi kenderaan. Tetapi awal tahun ini Ora memperlihatkan konsep Punk Cat dengan rekaan sama tetapi dengan rekaan yang lebih maskulin. Punk Cat mampu bergerak sehingga 501 km sebelum perlu dicas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd