Huawei hari ini telah mengadakan acara Huawei Developer Day, sekaligus berkongsi sejumlah perkembangan berkaitan syarikat mereka. Salah satunya adalah dimana Huawei mengatakan kini mereka akan memfokuskan kepada 6 arena utama dibawah perniagaan memfokuskan pengguna mereka.
6 arena berkenaan adalah termasuk inovasi melibatkan telefon pintar, peralatan pintar yang bukan telefon pintar, ekosistem HarmonyOS, penyelesaian automotif, rumah piintar, dan juga penyertaan dalam arena B2B.

Seperti ramai sedia maklum, Huawei telah mengalami tekanan perniagaan sejak 2019 yang lepas, dan dengan fokus baharu ini, mereka ingin membina momentum kembali untuk menjadi syarikat terulung dalam pelbagai arena.
Peralihan ini kita telah sedia melihat, dimana Huawei telah mula mempelbagaikan lagi penawaran mereka, selain turut memfokuskan kepada arena perisian dan perkhidmatan.
Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan 6 arena yang difokuskan Huawei ini?