#LG

Pratempahan LG PuriCare Wearable Air Purifier Dibuka Di Malaysia 21 Ogos Ini Pada Harga Promosi RM749

Diterbitkan pada Ogos 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelitup muka pintar LG PuriCare Wearable Air Purifier diperkenalkan tahun lalu semasa wabak Covid-19 sedang melanda dunia. Dengan sistem H13 HEPA, ia yang boleh menapis 99.95% partikel yang bersaiz kecil. Teknologi penapis udara PuriCare LG digunakan pada versi yang boleh dipakai pada muka ini. LG kan membuka pratempahan pelitup muka ini bermula 21 Ogos hingga 31 Ogos 2021 dengan harga pormosi RM749 sebuah.

Dengan bateri sebesar 1000 mAH, ia boleh beroperasi sehingga lapan jam. Sistem VoiceON membolehkan suara dilontar dengan jelas menggunakan pembesar suara dan mikrofon terbina. Di suku keempat 2021, LG akan memperkenalkan aplikasi yang membolehkan kadar pernafasan dan pelitup muka dikawal pada telefon pintar.

Kadar aliran udara boleh dikawal dengan kadar di antara 10~55 Liter seminit. Sistem kipas juga memastikan nafas yang dihela tidak akan mengaburkan pemandangan pengguna bercermin mata.

Pelanggan yang melakukan pratempahan akan menerima satu unit LG PuriCare Wearable Air Purifier, dua penapis H13 HEPA, 15 keping penutup dalaman, pelindung muka, tali untuk telinga, tali tambahan, kabel pengecas dan beg simpanan. Selepas tempoh pratempahan pelitup muka pintar ini akan dijual pada harga RM902 yang terdiri daripada RM849 untuk pelitup muka dan RM53 untuk penutup dalaman.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami