Cari @ Amanz

Apple kini sedang melalui perbicaraan dalam kes melibatkan Epic Games, dan disebabkan oleh perbicaraan ini, beberapa emel baharu diketengahkan ke mahkamah. Ini sekaligus mendedahkan sejumlah perkara yang tidak diketahui umum sebelum ini,

Salah satunya, melalui emel terbaru yang diketengahkan, pada Oktober 2010 lepas, Steve Jobs pernah ingin membincangkan berkenaan dengan perancangan iPhone Nano.

iPhone 3G

Untuk makluman, ketika itu Apple menggunakan penjenamaan “Nano” pada siri iPod, yang hadir dengan rekaa kompak. Namun, satu perkara yang mungkin ingin diketahui ramai adalah saiz iPhone Nano yang dibincangkan ketika itu – memandangkan saiz telefon ketika tahun 2010 adalah sangat kecil berbanding pada hari ini.

Apa pun, mungkin perancangan untuknya tidak hilang begitu sahaja, apabila kini Apple menawarkan iPhone 12 Mini dengan saiz kompak, selain iPhone SE dengan harga yang kompetitif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd