Elon Musk, CEO untuk Tesla hari ini mengatakan yang mana syarikat yang terkenal dengan penawaran kenderaan elektrik tersebut turut sedang membangunkan sebuah robot berbentuk manusia.
Robot ini akan mengambil pelbagai kelebihan Tesla dalam pembangunan dan pengeluaran, serta prototaip untuknya dijangka dibangunkan seawal tahun hadapan.
Melalui laman rasmi, Tesla menamakan ia sebagai Tesla Bot, dan ingin mengintegrasikan pelbagai pengetahuan mereka berkaitan dengan kecerdasan buatan pada robot ini. Elon Musk turut mengatakan manusia boleh mengatasinya, dan tidak perlu takut robot lebih berkuasa daripada manusia.
Dengan perkembangan terbaru ini, semestinya ramai yang ingin melihat sendiri apakah robot Tesla ini boleh lakukan, dan bagaimana ia boleh membantu manusia dalam kehidupan harian. Sama-sama kita nantikan prototaip Tesla Bot ini pada 2022 kelak.