Cari @ Amanz

Twitter Mengemaskini Ciri Direct Message Untuk Aplikasi iOS Dengan Fungsi-Fungsi Baru – Bakal Menyusul Untuk Android

Oleh Nazrin

Link Copied!

Twitter dilihat telah menambah banyak ciri-ciri baru, dan mengemaskini aplikasi mudah-alih mereka dengan penambahan fungsi kualiti hidup yang memudahkan lagi penggunaan ciri-ciri pada platform mereka. Terkini, Twitter dilihat telah menambahbaik bahagian Direct Message mereka untuk mengurangkan kebarangkalian tersalah hantar mesej peribadi kepada pengguna.

Kemaskini pertama ialah perkongsian ciapan dalam Direct Message, dan butang navigasi cepat yang membolehkan anda kembali ke mesej terkini sekiranya anda sedang menatal perbualan dalam sesebuah DM.

Kemaskini kedua pula ialah kebolehan untuk berkongsi mesej yang sama kepada pelbagai pengguna sekaligus tanpa memasukkan kesemua pengguna dalam satu kumpulan. Ciri ini mungkin boleh dikatakan diantara kemaskini yang diminta ramai pengguna, khususnya mereka yang suka berkongsi kandungan kepada ramai orang sekaligus.

Pengguna juga akan boleh memberi reaksi kepada mesej yang diterima samada dengan mengetik dua kali (ciri sedia ada) ataupun dengan menekan lama mesej tersebut untuk memperlihatkan beberapa reaksi tambahan yang akan diperkenalkan kelak.

Mesej persendirian juga akan dikumpulkan berdasarkan tarikh perbualan dan bukan lagi masa untuk memudahkan lagi pencarian perbualan lama, dan tidak lagi akan menggunakan cap waktu.

Sejumlah fungsi-fungsi ini, seperti penghantaran mesej persendirian pukal yang diasingkan, reaksi mesej tambahan dan kumpulan mesej DM berdasarkan tarikh akan diperkenalkan kepada aplikasi iOS terlebih dahulu dalam beberapa minggu terdekat ini, sebelum ia akan diperkenalkan kepada aplikasi Twitter untuk Android.


Komen ()