Cari @ Amanz

Realme Book Kini Di Malaysia – Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM2499

Link Copied!

Akhirnya rasmi, Realme Book kini tiba ke pasaran Malaysia. Ini adalah cubaan pertama Realme meneroka ke dalam segmen komputer riba. Boleh dikatakan, mereka agak peka dengan perkembangan semasa dan trend kegemaran pengguna hari ini yang rata-rata mencari komputer riba ringan dan bersaiz kompak.

Bagi yang berminat, Realme Book ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Realme Blue dan Real Grey. Harganya bermula RM2,999 untuk Realme Book (i3), sementara itu model i5 pula berharga RM3,499. Namun begitu, Realme dilihat menawarkan promosi harga lebih murah untuk model i3 yang mana boleh dibeli pada serendah RM2,499 ketika jualan pertama yang berlangsung pada 27 Ogos ini. Sebagai tambahan, Realme juga mengumumkan harga untuk model i5 dengan memori 16GB RAM yang berharga RM3999, tetapi ketersediaannya akan dimaklumkan kelak.

Untuk spesifikasi khusus, Realme Book hadir dengan pilihan CPU dan GPU yang berbeza. Di mana, model dengan CPU Intel-Core i3-1115G4 dipadankan dengan GPU Intel UHD. Sementara itu, model dengan Intel-Core i5-1135G7 pula menggunakan GPU Intel Iris Xe.

Seterusnya, komputer riba ini dilengkapi skrin bersaiz 14-inci LCD (IPS) dengan resolusi 2K (2520 x 1680 piksel). Di samping, turut menyokong ciri tambahan seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 400nits, nisbah aspek 3:2 dan nisbah skrin-ke-badan mencecah 90%. Penawaran memori pula adalah 8GB DDR4 RAM dan storan sehingga 512 GB PCIe SSD.

Turut melengkapinya, bateri sebesar 54Wh yang dikatakan mampu beroperasi sehingga 11 jam lamanya. Di samping itu, ia turut menyokong pengecasan 65W Super Fast Charge yang boleh mengecas komputer riba sehingga 50% dalam masa 30 minit. Pada masa sama, turut serasi dengan teknologi pengecasan 30W Dart Charge yang boleh mengecas telefon pintar Realme dengan port sambungan USB-C.

Seperkara lagi perkara menarik pada Realme Book adalah perisian PC Connect. Ciri baharu yang berkonsepkan mirip seakan komputer riba Huawei. Di mana, ia membolehkan telefon pintar Realme disambungkan atau dihubungkan secara terus ke komputer riba. Melaluinya, pengguna boleh melakukan pelbagai kerja dengan lebih efisien – seperti proses pemindahan fail mudah dan pantas dengan cara drag & drop dari satu peranti ke peranti yang lain, melihat pemberitahua di telefon pintar menerusi komputer riba dan lain-lain.


Komen ()