Cari @ Amanz

Templat Untuk iPad Mini Baharu Tertiris Mengesahkan Rekaan Lebih Kompak

Link Copied!

iPad Mini baharu akan menggunakan rekaan yang lebih mirip iPad Pro menurut laporan Bloomberg dan Ming-Chi Kuo sebelum ini. Tetapi hari ini akhirnya templat yang digunakan oleh pengeluar untuk menghasilkan kerangka telah tertiris dan mengesahkan ur-ura yang didengari sebelum ini menerusi lama Technordo.

Dapat dilihat rekaan butang kuasa yang besar dengan pengimbas cap jari terbina seperti pada iPad Air baharu dan rekaan tanpa butang home fizikal. Sebuah kamera sahaja diletakkan di belakang tanpa bonggol kamera berkotak. Dengan kata lain iPad Mini baharu adalah mirip sebuah iPad Air yang dikecilkan. Setelah sekian lama iPad Mini tidak diberikan rekaan baharu, ini adalah perubahan yang amatlah dinantikan.


Komen ()