Carian
Google Calendar Kelak Membenarkan Pengguna Menetapkan Sama Ada Bekerja Dari Rumah Atau Pejabat
August 20, 2021 Fahim Zahar

Bekerja dari rumah kini sudah menjadi norma baharu kehidupan seharian masing-masing. Sama ada setiap hari di rumah atau secara bergilir. Kes kematian masih tiga angka, kes jangkitan pula masih lagi beribu-ribu, entah bila kita boleh kembali ke pejabat tidak tahu.

Memudahkan semua orang baru-baru ini adalah Google, melalui ciri baharu pada Google Calendar. Pengguna kelak boleh menetapkan rutin harian masing-masing, sama ada bekerja dari rumah atau di pejabat. Melalui tetapan ini, kalendar akan memaparkan lokasi di mana dan pada hari apa pada sesuatu minggu pengguna.

Ciri ini dilihat mula diedarkan pada 18 Ogos dan secara berperingkat selama 15 hari. Ciri ini ditawarkan kepada semua pengguna dan tidak dihadkan pada golongan tertentu.

Komen