Cari @ Amanz

Pratempahan Sony Xperia 10 III Kini Dibuka – Sony WI-C310 Ditawarkan Secara Percuma

Link Copied!

Sony sebelum ini telah mengumumkan harga jualan rasmi untuk model Xperia 10 III yang dijual pada RM1,999 sebuah. Lanjutan daripada itu, Sony kini mengumumkan bahawa pra-tempahan untuk telefon pintar berkenaan kini sudah dibuka sehingga 20 September 2021. Setiap pembelian akan didatangkan dengan Sony WI-C310 yang diberikan secara percuma. Terdapat dua pilihan warna menarik yang tersedia seperti Blue dan Black, jadi bagi yang berminat buat pra-tempahan sekarang menerusi kedai atas talian Sony hari ini juga.

Sony Xperia 10 III dilengkapi skrin 6.-inci OLED bersama rekaan nisbah 21:9 dan sokongan paparan HDR. Ia kemudiannnya dipadankan dengan cip Sapdragon 690, di samping sokongan rangkaian 5G terbina. Tetapan kamera terdiri dengan tri-kamera belakang gabungan sensor utama 12MP + 8MP ultra-lebar, dan 8MP telefoto. Bagaimanapun, tiada penjenamaan ZEISS digunakan pada siri peranti ini. Tidak habis disitu, telefon pintar ini turut hadir dengan bateri 4500mAh, dilengkapi sokongan bicu audio 3.5mm, dan sokongan kalis air.


Komen ()