Cari @ Amanz

Apple Mempatenkan Rekaan Papan Kekunci Macbook Boleh Ditanggalkan Menjadi Tetikus Mini

Link Copied!

Tidak banyak inovasi pada komputer riba diperkenalkan kerana kita sudah hampir mencapai kemuncak evolusi dari segi ciri dan fungsi. Di Apple evolusi yang seterusnya mungkin memperkenalkan papan kekunci yang boleh ditanggalkan yang kemudiannya digunakan pula sebagai sebuah tetikus mini.

Paten rekaan yang aneh ini difailkan oleh Apple ke pejabat paten dan tanda dagang Amerika Syarikat (USPTO) dan telah ditemukan oleh laman Patently Apple. Dua rekaan diperlihatkan satu dengan kekunci ditarik ke atas manakala rekaan kedua pula kekunci diluncur ke sisi. Dalam dokumen yang sama Apple mengatakan tetikus ini akan memudahkan proses menghasilkan kerja grafik, dokumen yang kompleks dan perisian CAD. Pemilik tidak perlu membeli aksesori tetikus tambahan sekiranya ia terbina pada papan kekunci ini.

Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna Apple akan menghasilkannya dalam masa terdekat. Seperti yang kita dapat lihat sejak dua tahun kebelakangan ini, Apple kembali ke rekaan Magic Keyboard asal menggantikan kekunci Butterfly yang bermasalah.


Komen ()