Cari @ Amanz

Bagi anda yang mungkin tidak tahu, Realme sebenarnya sedia hadir dengan penawaran pencukur janggut tersendiri. Pada awalnya, ia diperkenalkan untuk pasaran India terlebih dahulu. Kemudian, ia diperluaskan lagi ke pasaran lain termasuklah kita pengguna di Malaysia.

Pencukur janggut Realme dikenali sebagai Realme Beard Trimmer. Ia dilengkapi sikat yang boleh dilaras sehingga 10mm untuk kepelbagaian pilihan dalam proses memotong. Untuk makluman, bilah pada Realme Beard Trimmer boleh basuh selepas digunakan. Dengan bateri 800mAh yang disertakan, ia boleh beroperasi sehingga 120 minit lamanya dengan penggunaan yang kerap. Ia juga mempunyai sokongan lampu LED yang bewarna bagi memudahkan anda ketahui baki bateri pada mesin pencukur berkenaan.

Bagi yang berminat, Realme Beard Trimmer dijual di Malaysia pada RM129 untuk seunit. Namun begitu, Realme menawarkan harga promosi menarik serendah RM79 bersempena Realme Fan Festival 2021. Perlu diingatkan, promosi masa terhad iaitu pada 27 & 28 Ogos 2021 sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya satu!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd