realme dikenali sebagai jenama yang sering menawarkan telefon pintar mampu milik, dan dikatakan terbaik daripada kelasnya. Kita juga dapat lihat sejak kebelakangan ini mereka aktif dalam menawarkan pelbagai aksesori dan peranti berhubung (AiOT) dalam usaha untuk mewujudkan peranti daripada ekosistem mereka yang tersendiri. Bagi mengukuhkan ekosistem mereka ini, realme telah melancarkan satu produk baru, iaitu komputer riba pertama mereka yang dikenali sebagai realme Book.
Paparan Penuh Beresolusi 2K Yang Mampu Memberikan Tontonan Yang Mendalam
Dari segi paparannya pula, realme Book dengan saiz skrin 14 inci ini menggunakan paparan penuh beresolusi 2K jenis IPS. Memandangkan realme Book ini memfokuskan kepada produktiviti, ia hadir dengan nisbah skrin ke badan seluas 90% dengan nisbah paparan 3:2 yang dikatakan mampu untuk menawarkan paparan informasi yang lebih luas terutama sekali untuk dokumen dan gambar. Melalui realme Book, paparan gambar anda tidak lagi mempunyai bingkai hitam pada kiri dan kanan gambar kerana nisbah skrinnya adalah sama dengan nisbah gambar, iaitu 3:2. Paparan warnanya juga dikatakan mampu untuk menawarkan 100% sRGB Color Gamut pada resolusi 2160x1440p dengan kecerahan sehingga 400 nits.

Spesifikasi Yang Baik Untuk Kelasnya
realme Book ini dijana dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-11 yang terkini, iaitu i3-1115G4 dan i5-1135G7 serta dikatakan mampu untuk beroperasi dengan lebih efisyen daripada generasi sebelumnya.
Tambahan pula, cip grafik Intel Iris Xe yang ada pada model i5 dikatakan 50% lebih baik daripada grafik UHD yang sebelumnya. Jadi, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menikmati penggunaan yang lebih optimum seperti membuat suntingan video. Malah, pihak realme juga telah menguji keberkesanan ini pada permainan video League of Legends serta Overwatch dengan tetapan grafik yang paling tinggi, iaitu pada resolusi 2K dan ternyata, ia mampu memberikan pengalaman permainan yang memuaskan.


Jika anda bermain permainan video dalam jangka masa yang lama, pastinya anda risau tentang komputer riba anda akan menjadi panas. Untuk mengatasi masalah haba dalaman ini, realme telah menyertakan sistem penyejukan Dual-fan Storm, iaitu dua paip haba dengan diameter 8mm dan kipas yang membantu pengaliran udara yang tinggi bagi memberikan sistem pengudaraan yang lebih baik dan kurang bising.
Selain itu, realme Book ini juga dilengkapi dengan memori bermula 8GB sehingga 16GB LPDDR4 dan storan PCIE SSD sehingga 512GB, serta Wi-Fi 6 pada realme Book versi i5.
Komputer Riba Pertama realme Hadir Dengan Rekaan Yang Ringan, Nipis Dan Elegan

realme Book ini hadir dengan dua pilihan model, iaitu versi i3 dan juga i5, dan kedua-duanya membawakan reka bentuk yang hampir sama. Bagi sebuah komputer riba 14 inci, kebiasaannya ia agak sukar untuk mendapatkan ketebalan yang nipis dan ringan. Namun dengan realme Book, anda boleh selitkannya ke dalam beg galas atau juga membawanya sebelah tangan sahaja kerana ia hanya senipis 14.9 mm dan mempunyai berat sehingga 1.38 kg sahaja.
Antara faktor yang menyumbang kepada keringanan komputer riba ini mungkin adalah dari segi bahan binaannya. realme Book menggunakan aloi aluminium dengan kemasan pusam pada bahagian kerangkanya dan dilengkapi dengan rekaan logo seakan cermin, sekaligus menampakkan rekaannya berkualiti premium. Dua pilihan warna ditawarkan, iaitu warna biru dan kelabu.
Ketahanan Bateri Sehingga 11 Jam

Kapasiti bateri adalah suatu faktor yang penting jika anda bekerja seharian diluar. realme Book ini mempunyai kapasiti bateri sehingga 54Wh yang dikatakan mampu untuk terus mainkan video beresolusi 1080p selama 11 jam tanpa henti dan bertahan sehingga 8.5 jam untuk kegunaan produktiviti harian. Ia menyokong pengecasan pantas 65W dimana anda boleh membuat pengecasan sehingga 50% dalam masa hanya 30 minit sahaja. Pengecas 65W ini juga menyokong teknologi 30W Dart Charge yang dikatakan juga boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar realme anda.
Fungsi-Fungsi Menarik Lain Pada realme Book
Apa lagi yang menarik? Berikut merupakan fungsi-fungsi menarik yang ada pada realme Book :

i) Papan kekunci berlampu dan pad sesentuh yang besar dan lebih sensitif.
ii) Butang kuasa dan pengimbas cap jari 2 dalam 1 hanya mengambil masa yang singkat untuk menghidupkan dan menyahkunci peranti. Jadi, keselamatan dan privasi pengguna lebih terjamin.
iii) Windows 10 yang telah siap dipasang dan mampu untuk dinaik taraf kepada Windows 11 secara percuma.
iv) Dwi mikrofon yang menyokong pembatalan hingar serta kamera terbina membuatkan sesi telesidang anda menjadi lebih lancar.
v) Audio yang sedap didengar hasil bantuan daripada 2 pembesar suara HARMAN yang memberikan kesan audio stereo DTS HD.
vi) Port Thunderbolt 4 bagi model i5 yang mencukupi untuk sambungan pelbagai aksesori seperti fon kepala, USB dan sebagainya dimana ia juga menyokong kadar penghantaran sehingga 40Gb per saat.
vii) PC Connect yang membolehkan anda membuat pindahan fail, mendapat notifikasi di telefon pada realme Book dan banyak lagi di antara realme Book dan telefon pintar dengan lebih mudah dan pantas.
Kesimpulan


Secara ringkasnya, kedua-dua realme Book versi i3 dan juga i5 adalah pilihan yang menarik untuk anda pertimbangkan. Ia hanya bergantung kepada bajet dan keperluan anda sendiri. Sekiranya anda mempunyai bajet bawah RM3,000, dan hanya inginkan sebuah komputer riba untuk kegunaan tugasan harian, realme Book versi i3 adalah untuk anda. Manakala sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih sedikit dan mungkin anda suka bermain permainan video yang ringkas, realme Book versi i5 adalah laptop yang lebih berspesifikasi tinggi yang anda perlu miliki.
Beza kedua-duanya adalah dari segi cip pemprosesan, paparan skrin model i5 yang lebih tahan lasak, kad grafik, jenis port sambungan dan juga sokongan Wi-Fi. Bagi realme Book versi i3, anda boleh mendapatkan komputer riba ini pada harga RM2999, dan realme Book versi i5 pada harga RM3499 dimana kedua-duanya membawakan memori 8GB RAM. Tetapi, anda boleh mendapatkan komputer riba ini pada harga promosi yang mana realme Book boleh dibeli pada harga serendah RM2499 hingga RM3499 ketika jualan pertama mereka kelak pada 27 Ogos ini melalui kedai atas talian mereka di Shopee.

realme juga turut menawarkan realme Book versi i5 melalui pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia dan juga di SENGHENG serta Courts pada harga promosi yang sama iaitu RM3499 pada 27 Ogos ini. Melalui pembelian ini, anda berpeluang untuk menerima hadiah percuma iaitu bag laptop 15 inci dan juga tetikus Bluetooth.

Bagi anda yang inginkan kapasiti memori yang lebih besar, realme dikatakan akan menambah satu lagi variasi iaitu realme Book versi i5 dengan memori 16GB dimana kelak akan dipasarkan pada harga RM3999. Tarikh jualannya akan diumumkaan tidak lama lagi. Jadi bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang menjadi yang terawal untuk dapatkan realme Book pada harga promosi dan dapatkan hadiah percuma sekiranya membeli melalui pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.
Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia