Vivo Y21 Dilancarkan – Cip MediaTek Helio P35, Dwi-Kamera Utama Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Ogos 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .


Sehingga kini, kita boleh melihat terdapatnya kepelbagaian model yang ditawarkan oleh Vivo di bawah siri Vivo Y mereka. Terkini, mereka dilihat menambah satu lagi model baharu di bawah siri berkenaan dengan memperkenalkan Vivo Y21 di India. Ia adalah sebuah telefon pintar Android kelas permulaan kerana sekadar menggunakan cip MediaTek Helio P35.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y21 mempunyai skrin berukuran 6.51-inci LCD dengan resolusi HD+ atau lebih tepatnya 1600×720 piksel. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio P35, memori 4GB RAM (+1GB RAM secara maya) dan storan dalaman sehingga 128GB. Bateri yang disertakan adalah 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Dwi-kamera di belakangnya terdiri dengan tetapan 13MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula adalah 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – port sambungan USB-C, Bluetooth 5.0, menjalankan Funtouch OS 11.1 berasaskan Android 11 dan banyak lagi. Di India, Vivo Y21 dijual pada harga bermula INR13,990 (~RM797).

Sumber : Vivo India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami