Carian
China Meluluskan RUU Yang Mengawal Pengumpulan Data Peribadi Pengguna
August 20, 2021 Effi Saharudin

Hak peribadi dan China adalah seperti minyak dan air. Tetapi sejak akhir-akhir ini kerajaan China mula mengenakan tindakan ke atas beberapa syarikat teknologi seperti DiDi Chuxing sehingga mengakibatkan aplikasi ditarik dari gedung. Kini rang Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi telah diusulkan di China bagi memastikan data peribadi guna semakin terjaga.

RUU diluluskan dewan kongres rakyat nasional hari ini yang menghadkan pengumpulan data ke seminima yang mungkin dan harus mempunyai sebab yang jelas. Data yang dikumpul perlu mendapat kebenaran pengguna terlebih dahulu dengan garis panduan jelas bagaimana data digunakan apabila dipindahkan ke luar China. Ini dilihat sebagai usaha China untuk mempunyai RUU data peribadi seakan GDPR di Eropah.

Pembangun aplikasi kini diberikan masa sehingga 1 November sebelum undang-undang berkuatkuasa. Tahun ini kerajaan China menggunakan pelbagai undang-undang yang dilihat sebagai cara mengawal hartawan serta syarikat teknologi yang dilihat boleh mengancam kuasa kerajaan.

Sumber CGTN

Komen