Syarikat Sebalik WordPress Dan Tumblr Kini Bernilai Lebih RM31 Bilion

Diterbitkan pada Ogos 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WordPress kini merupakan salah satu CMS yang popular digunakan dalam pembangunan web. Syarikat disebaliknya, Automattic, turut mempunyai beberapa penawaran menarik meliputi ekosistem penerbitan, termasuk WooCommerce, selain perkhidmatan seperti JetPack, Longreads, Tumblr dan juga paling terbaru, PocketCasts.

WordPress CMS

Pengasasnya, kini turut berkongsi sedikit perkembangan syarikat, dan mengatakan Automattic kini bernilai $7.5 bilion, iaitu sekitar RM31.78 bilion.

Pihak Automattic turut mengatakan mereka kelak akan berkongsi lanjut berkaitan syarikat mereka, termasuk beberapa pelaburan dan pengambil-alihan terbaru.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami