Cari @ Amanz

Microsoft kini dilihat telah membuat pelaburan sebanyak $5 juta (sekitar RM21 juta) pada perkhidmatan hotel bajet, OYO.

OYO

Pelaburan pihak Microsoft ini menilaikan syarikat OYO sekitar $9.6 bilion. Pelaburan oleh Microsoft ini boleh dikatakan bernilai kecil berbanding pelaburan mereka pada syarikat lain – tetapi ia dilihat gergasi dari Amerika Syarikat berkenaan mula melihat dengan lebih serius pada syarikat-syarikat yang hadir dari Asia.

OYO memudahkan pengguna mencari hotel pada harga bajet, dan menawarkan pengalaman selari untuk pengguna yang mencari hotel bajet. Ia turut telah beroperasi di Malaysia sejak beberapa tahun.

Disebabkan pandemik, perniagaan OYO turut terjejas disebabkan pelbagai sektor pelanconga terpaksa ditutup sementara. Tetapi, kini dengan satu demi satu sektor mula dibuka, kita mungkin akan melihat arena pelancongan meningkat kembali, termasuk memberikan kesan positif terhadap syarikat seperti OYO ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd