Cari @ Amanz

Adobe Mengambil Alih Frame.io Pada Nilai RM 5.4 Bilion

Link Copied!

Adobe mengumumkan pembelian aplikasi suntingan video secara kerjasama Frame.IO dengan nilai $1.275 bilion (~RM5.4 bilion). Dengan aplikasi ini proses menyunting video di antara juru sunting, pengurus dan pihak ketiga misalnya boleh dilakukan bersama secara atas talian dengan setiap pihak boleh meninggalkan nota atau maklum balas sebelum video akhir dihasilkan.

Aplikasi sudahpun menyokong aplikasi suntingan popular seperti Apple Final Cup Pro, AdobePremiere Pro, DaVinci Resolve, dan Sony Avid. Pihak Frame.io berkata sokongan untuk aplikasi selain yang dihasilkan oleh Adobe akan diteruskan. Sokongan yang lebih mendalam ke atas aplikasi Adobe yang lain dipercayai akan diberikan dalam masa terdekat.

Dengan wabak akan menyebabkan perjalanan bebas masih lagi terhalang, aplikasi yang memudahkan proses kerjasama atas talian mempunyai masa depan yang cerah selari dengan keperluan norma baharu.


Komen ()