Cari @ Amanz

Bitcoin Kembali Kepada Nilai Melangkaui RM200k

Oleh Aman

Link Copied!

Bitcoin telah memperlihatkan peningkatan nilai secara sedikit demi sedikit sejak minggu lepas, dan hari ini, Bitcoin sekali lagi mencapai kembali nilai melangkaui RM200,000 selepas sekian lama.

Sebelum ini, Bitcoin mengalami penurunan disebabkan beberapa perubahan polisi, termasuk China yang mula mengharamkanya. Dalam tempoh sebulan ini sahaja, kita telah melihat nilai Bitcoin mencapai serendah RM130,000, dan hari ini ia mencatatkan nilai melangkaui RM200,000 kembali.

Jadi, dengan catatan nilai terbaru ini, adakah kita akan melihat nilai Bitcoin stabil diatas RM200,000 kembali?


Komen ()