Lembah Klang Akan Guna Aplikasi “Geofencing” Untuk Pantau Pergerakan Pesakit Covid-19 Yang Kuarantin Rumah

Diterbitkan pada Ogos 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF) kini mengumumkan mereka akan memperkenalkan sebuah aplikasi “geofencing” khas bermula esok, dalam memudahkan pemantauan pergerakan pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Aplikasi ini akan mengambil kira lokasi kurantin seseorang pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2, dan perlu dipasang dalam telefon pintar pesakit berkenaan sepanjang tempoh kurantin berkenaan.

Langkah ini dijangka akan mengurangkan penularan komuniti yang biasanya terjadi disebabkan tiada sikap tanggungjawab beberapa pesakit Covid-19.

MySejahtera

Dengan aplikasi ini juga, pihak berkuasa akan mengambil-langkah segera sekiranya pesakit didapati keluar dari rumah, atau melebihi radius yang ditetapkan. Sebelum ini, pada tahun lepas langkah pemantauan adalah mudah kerana angka kes yang rendah, tetapi kini dengan angka kes menghampiri 5 angka, ia agak sukar untuk pantau di setiap rumah seperti tahun lepas.

Aplikasi ini akan dimulakan ujian rintisnya bermula esok, 22 Ogos 2021, dan dalam tempoh 11 hari, ia akan berfungsi sepenuhya dengan notifikasi dan juga penjejakkan pesakit.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami